Selamat Datang Ke
Laman Rasmi KPerak
Mahasiswa Du'at Teras
Kepimpinan Negara
KARISMA Perak atau lebih dikenali sebagai KPerak merupakan cawangan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) bagi negeri Perak yang bergiat aktif sejak awal penubuhannya pada tahun 2003. Blog ini merupakan media rasmi bagi KPerak sebagai sumber maklumat aktiviti dan program yang akan/telah dianjurkan oleh KPerak. Tekan di sini untuk mengenali KPerak selanjutnya.

utama
arkib aktiviti
tazkirah
paparan umum
muat turun
perihal
email
pautan KARISMA Nasional
MAKLUMAT TERKINI
MAKLUMAT TERKINI
BAHAGIAN ARKIB
BAHAGIAN ARKIB
KPerak Poll
KPerak Poll

STATISTIK PENGUNJUNG
STATISTIK PENGUNJUNG
INGIN MENYUMBANG IDEA?
INGIN MENYUMBANG IDEA?

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan/idea/teguran yang membina untuk meningkatkan lagi mutu blog KPerak ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang artikel menarik untuk dikongsi bersama, boleh la menghantar email ke alamat seperti di bawah dan setelah diluluskan oleh pihak moderator, artikel tersebut akan disiarkan.

Sharing Session - Pak Chu
Sharing Session - Pak Chu

Assalamualaikum...

-Muhammad sebagai pengerusi majlis dan Pak Chu (berbaju hijau) disisi-

Alhamdulillah, pada 3 April 2010, hari Sabtu yang lepas pihak Karisma UTP telah mengadakan Sharing Session dengan Pak cik Shukri atau lebih mesra dipanggil Pak Chu.


Pak Chu yang telah hampir 20 tahun bergiat dalam arena dakwah dijemput untuk memberikan sedikit pengongsian yang berguna sekaligus menyemarakkan lagi angin-angin dakwah dijiwa para daie era baru. InsyaAllah.


Antara poin-poin penting yang diberikan oleh Pak Chu sepanjang perkongsian hampir 2 jam itu:

  • Bagi sentiasa tegar di dalam bidang dakwah, harus sentiasa berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati.
  • Apa yang penting sebenarnya usaha yang kita lakukan dan penghujung kepada usaha kita. Husnul Khatimah.
  • Zaman sekarang di Malaysia akan sentiasa wujud grey area dimana ia bukan berpisah pada jalur kafir atau muslim sahaja.
  • Melalui aktiviti ukhwah juga banyak mengikat hati-hati para daie untuk terus berdakwah kerana Pak Chu percaya yang antara sebab Pak Chu masih di jalan ini adalah keterikatan hati pada talian ukhwah.
  • Fake it until you make it, memang kena paksa diri sebelum boleh rasai kemanisan dalam jalan dakwah ini.
  • Usrah penting sebab ia adalah nadi tarbiyah, jadi jangan berhenti berusrah.


Terima kasih kepada Pak Chu kerana sanggup berkongsi cerita dan meluangkan masa bersama kami. InsyaAllah, amanat yang telah Pak Chu berikan, akan kami sisip menjadi ingatan sepanjang masa.

Labels:

SamPel (Sambutan Pelajar) SISMA K-UTP
SamPel (Sambutan Pelajar) SISMA K-UTP

Salam,

Disertakan sharing SamPel SISMA K-UTP yang berjaya diadakan pada 28-29 Januari yang lalu di UTP. SamPel yang disekalikan dengan usrah gabungan akhawat UTP ini berjaya mengumpulkan hampir 40 orang akhawat termasuk 20 orang pelajar baru dari kalangan pelajar foundation third semester.

sharing ditulis oleh Ukhti Filzah Hanis di http://zag-sisters.blogspot.com/ (official blog untuk usrah ZAG = Zainab al-Ghazali).

--------------------------------

This would be my first (and insyaAllah not the last) time sharing. I was in charge for SamPel (Sambutan Pelajar) 2010 since I am the Timbalan Ameerah while Cik Syamil helped me as she is the JK Pelapis.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Saya menanti ketibaan sahabat di Baitul Izzah (BIzz - rumah fellow Village 5 - Ustazah Mashitah - naqibah usrah ZAG - mas'ulah UTP). Cuma Along dan Cik Nola sahaja yang sudah tiba. Sambil menanti kehadiran sahabat yang lain, kami mengemas Baitul Izzah. Mengalihkan meja dan tikar supaya rumah comel ini dapat memuatkan lebih kurang 50 orang (pada perkiraan awal). 30 minit kemudian, Cik Farhin muncul dengan rice cooker di tangan.

"Wah! Siap bawak rice cooker. Comel. Warna pink lagi tu." Kata saya.

"Ni nasi yang kita masaklah. Termasak lebih tadi." Terang Cik Farhin.

Sebelum jam 7, ramailah sahabat yang sudah tiba antaranya Cik Hafsah, Cik Izzati, Cik Sakinah, Cik Syamil, dan Cik Syue yang sudah siap membawa makanan untuk aktiviti pertama kami - Iftar Jama'ie.

7.15 petang, 7 peserta pertama hadir. "Ini je ke?" Tanya Ustazah.

"Ini sahajalah yang saya dapat kumpulkan Ustazah. Yang lain kata tak dapat datang sekarang. Mungkin datang lewat sikit. Ada yang ada meeting lah." Terang Cik Madi, person in charge daripada kumpulan peserta.

"Hmm.. tak apalah. Masuk dulu."

Kami berkenalan dengan adik-adik yang baru sampai itu. Masing-masing teruja untuk mengikat tali ukhuwwah dengan perkenalan yang manis itu.


Sementara menanti waktu Maghrib, kami menghamparkan surat khabar sebagai pengganti saprah di ruang tamu untuk berbuka puasa. Walaupun hanya segelintir daripada kami yang berpuasa sunat, namun kesempatan dapat berbuka puasa bersama mereka yang berpuasa adalah sangat indah.

Usai azan maghrib, doa makan dibaca oleh Along sebelum masing-masing berbuka puasa.

Berbuka puasa beramai-ramai

Sementara kami menikmati juadah berbuka puasa, sesi perkenalan diteruskan lagi dengan aktiviti menghafaz nama setiap peserta. 3 peserta terbaik dipilih sebagai pemenang kerana telah menghafaz nama kesemua yang hadir pada sesi iftar jama'ie itu.

Alhamdulillah, walaupun usia perkenalan belum pun sampai 1 jam, gelak ketawa setiap yang hadir telah merapatkan silaturrahim seperti kami telah berkawan 1 tahun. Indah,kan ukhuwwah islamiyah itu?

Penyampaian tazkirah

Aktiviti seterusnya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Cik Sakinah berkenaan dengan kisah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah Binti Abu Bakr. Tazkirah ini telah memberi banyak pengajaran antara lain yang disebut oleh peserta sendiri adalah seperti:
  1. Sifat sabar menghadapi ujian dan cabaran yang ditunjukkan oleh Saidatina Aisyah contohnya seperti ketika beliau difitnah selepas pulang dari perang Banu Musthalaq, beliau tetap bersabar menghadapi fitnah itu.
  2. Cemburu itu adalah sifat semulajadi orang perempuan. Hatta Saidatina Aisyah sendiri tidak lari daripada sifat ini sedangkan beliau adalah Ummul Mukminin. Pun begitu, sifat cemburu harus kena pada tempatnya. Cemburu yang baik adalah diharuskan seperti jika kita cemburukan sahabat yang dapat bangun solat tahajud, kita juga perlu berlumba-lumba mengejar kebaikan itu. Cemburu ini menjadi pendorong atau motivasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik.
  3. Kebergantungan kepada Allah S.W.T merupakan ulasan terakhir yang dibuat oleh Ustazah. Walau bagaimanapun keadaan kita, kita perlu bergantung hanya kepada Allah dan mesti tetap berdoa. Contoh terdekat adalah kisah fitnah itu sendiri. Saidatina Aisyah hanya berdoa kepada Allah supaya namanya dibersihkan kerana beliau tidak berbuat apa-apa yang diperkatakan orang. Akhirnya nama beliau dibersihkan selepas turun wahyu daripada surah Nur ayat 11-16.
Sewaktu sesi tazkirah ini berlangsung, kelihatan semakin ramai peserta yang tiba. Alhamdulillah atas penambahan peserta untuk aktiviti seterusnya.

Usai solat Isya' jam 9.20, ruang solat dikemas untuk memberi laluan kepada aktiviti seterusnya - Movie Night. Comforter dihampar, bantal diletakkan, Muneer dipasang dan BenQ dihidupkan. Masing-masing mencari posisi terbaik untuk menikmati Movie yang bakal ditayangkan. Pun begitu, antiklimaks terjadi apabila sound system tiba-tiba merajuk. Dengan bantuan ikhwah yang sudi meminjamkan speaker yang lebih berkuasa tinggi, tayangan kami tidak lagi menjadi masalah. Jazakallahhu Khairan Katheera!

Tayangan yang ditonton adalah sebuah kisah bertajuk I Am Sam yang mengisahkan tentang seorang ayah yang kurang sempurna dari segi mental, berjuang untuk membesarkan anaknya. Untuk sinopsis, boleh klik sini.

I Am Sam
Tayangan tamat jam 12 tgh malam dan masing-masing terus melayari bahtera mimpi untuk bangun qiam jam 5 pagi. Ibarat barisan prajurit yang tersungkur syahid...semuanya tidur berhimpit dan tersusun dalam satu barisan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Baitul Izzah penuh! Kasut bersusun di hadapan pintu. Along mengira pasang kasut di luar. Ada 30 semuanya.

Jam 4.30 pagi dan mereka masih diulit mimpi.

Along mengejut mereka satu persatu. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Mahu menempah tiket di dalam syurga seperti firman Tuhan dalam surah az-Zariyat ayat 15-18:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Alhamdulillah, jam 5 pagi mereka sudah memulakan solat sunat yang pertama.

Qiamullail jama'ie

Selepas mendirikan solat sunat dan solat subuh secara berjemaah, kami meneruskan aktiviti dengan penyampaian tazkirah oleh Cik Syahira mengenai sahabat Nabi iaitu 'Adi bin Hatim ath-Tho'ie.

Penyampaian tazkirah Subuh

30 minit selepas 7, masing-masing bersiap untuk bergerak ke Taman Tasik UTP. Mereka berjalan kaki beramai-ramai sambil membacakan ma'thurat. Menarik sungguh ya!

Mungkin bagi yang tidak cergas, berjalan kaki dari Desasiswa 5 (yang di hujung dunia itu) ke Taman Tasik UTP adalah suatu siksaan. Jauh. Tapi, itulah perlunya kita mempunyai tubuh badan yang kuat atau jasmani yang cergas supaya kita sentiasa bersedia menghadapi rintangan secara fizikal. Anda sudah khatam 10 muwasofat tarbiyah?

30 minit perjalanan berjalan kaki, mereka sampai di Taman Tasik UTP. Barisan diatur untuk aktiviti pertama - aerobik. Aerobik dikendalikan oleh Cik Syue dan Cik Amirah yang berjaya menarik minat peserta dengan tarian Tommy atau Tommy Dance.

Aktiviti diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan untuk Treasure Hunt. Terdapat 7 check point untuk dicari dan terdapat soalan yang perlu diselesaikan di setiap check point itu. Treasure Hunt yang bermula jam 9 pagi tamat lebih kurang jam 11 pagi. Jauh juga mereka mahu berpusing dari tempat letak kereta (berdekatan guard house) sehingga ke cafe v6.

Kumpulan pertama yang tiba di check point kedua terakhir

Menjawab soalan di check point

Sangat penat! Saya sebagai runner yang berrolerblade pun penat bergerak dari hujung ke hujung. Alhamdulillah, check points ini telah menjadi tempat mereka untuk menambahkan ilmu kerana soalan yang dikemukakan berkisar mengenai Sirah Rasulullah dan al-Quran itu sendiri. Ada juga kumpulan yang bertanya soalan-soalan tajwid kepada check pointer. Boleh buka kelas quran sekejap pula!

Kumpulan disoal mengenai praktikal tayammum oleh Ustazah

Check point terakhir adalah Ustazah yang sentiasa bergerak (menggunakan basikal). Jadi agak mencabar untuk mereka mencari Ustazah. Ada yang siap telefon Ustazah lagi tanya beliau di mana!

Selesai sudah treasure hunt dengan badan yang lesu dan muka yang penat, mereka diberi sarapan pagi (sarapan pagi lah sangat! huhu. Jam 11 baru makan).



Makan time!

Makan di dalam talam! Bukan kerana tidak ada pinggan tetapi, makan di dalam talam adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sambil makan, mereka dikehendaki membuat sedikit presentatsi berkenaan pengajaran yang mereka peroleh daripada cerita I Am Sam yang ditonton. Pengajaran yang diberikan oleh setiap kumpulan termasuk:
  1. Hubungan di antara anak dan ibu bapa: Walau bagaimanapun keadaan ibu bapa kita, kita wajib menghormati mereka. Contohnya, Lucy sentiasa menyayangi dan menghormati ayahnya yang mempunyai IQ kanak-kanak berumur 7 tahun.
  2. Kasih sayang tidak boleh dipersoalkan: Mahkamah dunia mempersoalkan kasih sayang Sam terhadap anaknya kerana meragui kemampuan Sam membahagiakan Lucy. Walhal yang sebenarnya berkasih sayang itu adalah fitrah manusia. Walaupun Sam tidak seperti ayah yang normal, dia tetap dapat mencurahkan kasih sayang yang cukup untuk Lucy.
  3. Friendship: Sam mempunyai kawan-kawan yang sama dengan dia. Tetapi, rakan-rakan ini tetap membantu Sam menjaga Lucy. Mereka membantu dari pelbagai segi seperti kewangan. Mereka berkongsi duit membeli kasut untuk Lucy walaupun mereka bukanlah golongan yang berada. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  4. Kemewahan: Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Anak peguam itu tidak gembira pun kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa walaupun diberi kemewahan materi. Sedangkan Lucy cukup gembira hidup dengan Sam walaupun pekerjaan Sam tidak menjamin kemewahan.
  5. Kebergantungan kepada Tuhan: Ketika Lucy diambil oleh social service, Sam bagai hilang punca. Tetapi dia tetap berkata "Oh God please help me O God!". Ini bermakna, dalam setiap apa sekalipun keadaan kita, kita perlu bergantung harap kepada Allah. Jangan pernah putus berdoa.
  6. Never give up: Sam tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas Lucy. Walupun terpaksa berkorban wang ringgit mencari peguam yang paling handal, dia tetap berusaha. Walaupun mempunyai kekangan dari segi mental, dia tetap berusaha.
Begitulah sedikit sebanyak pengajaran yang diberi oleh peserta-peserta SamPel berkenaan Movie I Am Sam.

Sebelum SamPel 2010 melabuhkan tirai, penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang Treasure Hunt dan pemenang aktiviti ketika Iftar (menghafaz nama semua orang).

Along memberi pengajaran: Rasulullah pernah bersabda, jika kita mahu mengenali sahabat kita, kita perlu makan bersama, tidur bersama dan mengembara bersama. Alhamdulillah, itulah yang kami telah laksanakan sepanjang SamPel 2010 ini.

Majlis ditutup dengan ucapan daripada Ustazah dan sesi bergambar beramai-ramai!

Akhirulkalam, semoga ukhuwwah ini tidak berhenti setakat ini dan insyaAllah ketemu lagi di lain masa.

Wassalam

--------------------------

Diharapkan sharing yang ditulis dapat memberi serba sedikit idea buat ikhwah dan akhawat lain. Buat yang tiada di UTP, jgn jeles ya ;)

Labels: ,

iftar ikhwah kperak
iftar ikhwah kperak


tarikh : 3 sept 09 hari : khamis
masa : 6.30-8.30 pm
tempat : UTP
kehadiran : 37 org

Program pada petang tersebut telah dimualakan dengan tadarus bermula juz 14 sementara menunggu sahabat-sahabat lain utk hadir. Sekitar jam 7ptg, sebuah tazkirah ringkas daripada Dr Kamil telah disampaikan

antara points penting tazkirah:
1. 3 golongan yg rugi yg di-amin-kn oleh Rasulullah iaitu:
a. mereka yg hari ini lebih teruk dari semalam
b. mereka yg berpuasa tapi tiada perubahan pada dirinya
c mereka yg derhaka pada ibubapa
2. baca al-qur'an, fahami dan amalkn.. jadikan alquran hidup dalam diri.

Seterusnya sesi taaruf ringkas telah diadakan sementara menunggu azan. Setelah berbuka puasa dengan ringan, semua telah menunaikan solat maghrib berjamaah dan kemudian menyambung makan berat.


Turut diedarkan semasa program adalah tabung infaq dan alhamdulillah infaq sebanyak RM116.20 telah berjaya dikumpulkan hasil amal ikhlas ikhwah yang hadir.

Riadhah Basketball Ikhwah
Riadhah Basketball Ikhwah


Tarikh: 25 April 2009
Tempat: Sport complex UTP
Masa: 8 pagi

Objektif:
  1. merapatkan ukhuwwah
  2. menyihatkan tubuh badan sprt saranan muwasofat tarbiyyah, QAWIYUL JISMI
  3. melatih bangun pagi ^__^
Alhamdulillah 7 orang mujahid dan seorang mujahidah (Nur - berumur 6 bulan~) telah berjaya turun ke court utk beriadhah sambil merapatkan ukhuwwah. Walaupun ada yang baru bermain basketball utk kali pertama dalam hidup, namun ia amat berbaloi dan menjadi pengalaman baru buat ikhwah yang baru kali pertama bermain bola keranjang.

InsyaAllah riadhah akan diteruskan pada pagi Sabtu seterusnya.

Sekian perkongsian singkat

Labels:

Program Outreach SISMA K-UTP 2009
Program Outreach SISMA K-UTP 2009

SERI ISKANDAR, 11 April 2009: Seramai 14 aktivitis SISMA (Siswi KARISMA) UTP telah menyertai program Outreach SISMA K-UTP 2009 yang bertempat di Jaya Jusco Kinta City (Ipoh). Bertemakan “Kesedaran tentang Islam”, Outreach SISMA K-UTP telah mensasarkan 4 objektif utama iaitu;

  • menanam kesedaran para aktivis terhadap kepentingan tarbiyah dan dakwah
  • latihan praktikal untuk para aktivis dalam medan dakwah masyarakat
  • mengasah kebolehan komunikasi berkesan para aktivis dengan masyarakat umum
  • membuka ruang bagi masyarakat untuk mendapat mesej kesedaran Islam.

Program bermula di UTP dengan sesi tazkirah, pembahagian kumpulan dan taklimat tentang program pada jam 12.45 tengahari hingga 1.20 petang. Para aktivis SISMA K-UTP bersolat Zuhur berjamaah di UTP sebelum memulakan perjalanan ke Kinta City pada jam 2.00 petang. Bermula jam 3.00 petang hingga jam 6.30 petang, setiap kumpulan dikehendaki menemuramah dan menyampaikan mesej kesedaran Islam kepada sekurang-kurangnya dua orang muslim dan dua orang bukan muslim.

Alhamdulillah semua kumpulan berhasil menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan baik tanpa sebarang musibah. Kerjasama yang diberikan oleh masyarakat umum di situ juga amat baik. Setelah menamatkan tugasan, para aktivis bertolak pulang ke UTP dan tiba jam 7.30 malam.

Selesai bersolat Maghrib berjamaah dan makan malam, walaupun keletihan namun para aktivis masih bersemangat menyiapkan slaid laporan tugasan kumpulan masing-masing. Pada jam 9.30 malam, setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan untuk dikongsi bersama. Tamat pembentangan kumpulan terakhir, sesi penutup program diisi dengan sesi perkongsian pengalaman para aktivis, penggulungan rumusan program oleh pengarah program dan undian kumpulan terbaik.

Menyimpulkan maklum balas kebanyakan responden yang ditemuramah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa purata realiti kesedaran dan pandangan masyarakat (muslim dan bukan muslim) terhadap Islam dan isu-isu seputarnya sama ada berbentuk positif atau negatif, sangat dipengaruhi oleh media. Rata-rata responden muslim mengaitkan Islam dengan politik manakala kebanyakan responden bukan muslim menyatakan pendapat bahawa mereka terkesan dengan akhlak muslim.

Dapat dirumuskan melalui program ini bahawa setiap aktivis berhasil merasakan suntikan izzah menjadi muslimah dan tanggungjawab untuk menghias diri dengan akhlak dan ilmu tentang deen ini. Dengan ini aktivis juga sedar bahawa pembinaan tarbiyah diri secara menyeluruh memerlukan komponen-komponen aktiviti yang lain dan tidak mungkin mampu ditampung melalui halaqah (pertemuan) mingguan semata-mata.

Dengan kata lain, tanggungjawab pembinaan tarbiyah diri turut menuntut aktivis untuk berkorban sedikit tenaga, pendapatan, minat dan masa. Namun begitu, secara tidak lansung hal ini dapat melatih para aktivis untuk bijak menyusun waktu, belanjawan dan aktiviti harian mengikut keutamaan dan keperluan, sesuai dengan kata-kata masyhur dari Saidina Ali r.a: “Kebenaran yang tidak tersusun (bersistem) akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun (bersistem)”.

Oleh,

MAIZATUL SARAH
Pengarah Program Outreach SISMA K-UTP 2009

Labels:

Muzakarah JIM IPT-KARISMA Perak
Muzakarah JIM IPT-KARISMA Perak

Bismillah

Pada 21 Mac (Sabtu) yg lepas KARISMA Perak telah mengadakan Muzakarah JIM IPT – KARISMA Perak di UTP, Perak. Ia dihadiri oleh ikhwah akhawat penggerak dari kalangan dua2 belah pihak.

Objektif muzakarah ini diadakan adalah untuk; review visi, misi JIMIPT-Karisma, menyelaraskan persefahaman penggerak JIMIPT-KARISMA dan memahami perancangan strategik JIMIPT-KARISMA.

Muzakarah dimulakan dengan pembukaan majlis dan tazkirah oleh Pengerusi JIM IPT sendiri, akhi Fahmy. Tazkirah yg menyentuh tentang persoalan asas kewujudan manusia di atas muka bumi ini, kepentingan ibadah, ilmu, tarbiyah dan amal, memperbaiki diri dengan 10 muwasofat tarbiyah dan kepentingan 7 marattib amal, membuatkan kami musahabah semula setiap langkah yg telah, sedang dan dirancang utk dilaksanakan,dalam jalan dakwah ini.

Muzakarah diteruskan dengan pembentangan Big Picture JIM yg mana visi dan misi nya difahami bersama dan proses pengislahan (perubahan) yg boleh dilakukan di Malaysia, watan tercinta ini. Seterusnya, akhi Presiden, Abdullah Omar meneruskan majlis dengan pembentangan FIDAK (pembentangan istimewa sebab KnL tidak perlu dijemput dari luar Perak). Big Picture FIDAK, perkaitan antara misi KARISMA dan FIDAK serta prinsip2 utamanya telah diterangkan kepada para hadirin.

Bagi merealisasikan objektif kedua muzakarah, muzakarah diteruskan dengan perbincangan masalah dan situasi terkini yg berlaku di Perak. Sebagai resolusi, setelah membincangkan masalah2 tersebut, kami sama2 sebulat suara mencadangkan beberapa perkara utk mengatasi masalah2 tersebut baik menyelesaikan mahupun meringankannya.

Kesimpulannya, pertemuan spt ini yg mana menemukan ikhwah dan akhawat, JIM IPT dan KARISMA, perlu lebih kerap diadakan bg meningkatkan lg persefahaman dan sinergi di kalangan setiap pihak. Jazakallah kpd yg telah bertungkus lumus utk menjalankan muzakarah ini, semoga Allah meredhai usaha ini dan menjadi saksi utk kit adi akhirat kelak. Insyaallah…

Daurah ISK Ikhwah
Daurah ISK Ikhwah

Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)
Tempat: Surau Seri Iskandar
Kehadiran: 19 orang

Program telah bermula pada malam Sabtu (14hb) di mana sebuah pengisian bertajuk 'Study & Dakwah' telah disampaikan oleh Dr Kamil & Ummi Lina. Kemudian peserta semua telah tidur bersama dan bangun qiam pada awal pagi. Seterusnya solat subuh berjamaah dan ma'thurat.


Pada sebelah siangnya, daurah ISK telah disampaikan oleh akh Izzudin (Ameer Perak) & akh Abdullah Omar sebagai pengisian untuk menyedarkan kembali peranan kita sebagai komponen penting dalam tarbiyyah dan dakwah.


Kupasan-kupasan penting dalam sejarah Islam telah diberikan dan peserta kelihatan positif sepanjang sesi daurah.

Disamping pengisian mengenai ISK, semangat ukhuwwah telah disemai sepanjang program dimana peserta telah berta'aruf dan saling bertukar fikiran antara 1 sama lain.

Moga pengisian dan tautan ukhuwwah ini mendapat redha Allah SWT.

SAMPEL Ikhwah Jan09
SAMPEL Ikhwah Jan09

TARIKH : 15/02/09 (AHAD)

MASA : 7.30am – 2.30pm

Kehadiran: 15 orang

Seawal 7.30am, para peserta sudah berkumpul di UTP untuk bertolak ke Ulu Kenas. Tepat jam 10.00am, semua peserta telah selamat sampai ke Hutan Lipur Ulu Kernas lalu sebuah tempat yang sesuai untuk BBQ dan bermandi-manda di pilih. Selepas mengemaskan sampah sarap di kawasan sekitar tempat yang dipilih, taklimat diberikan untuk menerangkan perjalanan aktiviti sepanjang di situ dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dijaga.

Sebahagian peserta yang tidak turut mandi ditugaskan untuk menguruskan BBQ sementara yang lain bermandi-manda sambil bermain bot kawalan jauh, terjun beraksi dan polo air. Oleh kerana keadaan air yang sangat sejuk, sebahagian peserta naik ke pinggir sungai untuk menyantap hidangan BBQ yang sebahagiannya telah siap dibakar.

Pada pukul 12.45pm, semua peserta dikumpulkan di kawasan gigi sungai untuk bertaaruf dan mendengar sedikit santapan jiwa yang disampaikan oleh akh Fahmy sambil berendam di dalam air yang sejuk itu. Kemudian, semua peserta mengambil wudhu’ lalu terus menunaikan solat fardhu zohor di pinggir sungai tersebut.

Tepat jam 2.30pm, semua peserta telah beredar dari Hutan Lipur Ulu Kernas.

Secara keseluruhannya, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana telah melancarkan perjalanan program ini dengan harapan usaha-usaha untuk mengeratkan hubungan ukhuwwah akan tetap diteruskan. InsyaAllah.

Labels:

T4T Palestine
T4T Palestine


T4T Palestine
17 Ogos 2008
UTP
-Laporan akan menyusul-

Labels:

Liqa' + Qiam Akhawat K-UTP
Liqa' + Qiam Akhawat K-UTP

Liqa' Akhawat = Movie Nite + Qiam + Riadhah + Sarapan

Tarikh: 9-10 Ogos 2008
Masa: 10.00 malam - 9.00 pagi
Tempat: Bilik V5H-5.3.6, Tasik UTP
Kehadiran: 7 orang

tasik UTP nan permai~

Sesi liqa' + qiam akhawat K-UTP yang diberi nafas baru sejak semester lepas diadakan buat pertama kalinya semester ini. Liqa' bermula pada jam 10.00 malam dengan ta'aruf diikuti tazkirah yang diambil dari buku Tip-tip Cemerlang Dari al-Quran. Seterusnya tayangan movie 'The Spiderwick Chronicles' dimulakan sambil menikmati jamuan ringan yang disediakan 'tuan rumah' ^_^. Selesai tayangan sesi berkongsi pengajaran yang didapati dari tayangan. Antara pengajaran terpenting yang diperolehi ialah: kita tidak seharusnya terus terleka dengan keindahan dunia, sebaliknya kita mesti sentiasa sedar tujuan utama kita diciptakan iaitu sebagai khalifah (2: 30) dan 'abid (51: 56). Ternyata pengajaran yang berkait rapat dengan apa yang dipelajari dalam usrah dapat dikorek dari movie yang ditayangkan.

Selepas qiamullail, subuh berjamaah dan tazkirah subuh berkisarkan memanfaatkan ruang yang ada dalam hidup walau sekecil manapun ia, ahli usrah bersarapan ringkas sebelum bergerak ke tasik untuk sesi riadhah.

bergerak bersama seiring sejalan

aktiviti 'riadhah' paling best: bagi makan ikan =)

"amek roti ni sorang sikit.."

mengenang kekuasaanNya melalui tadabbur alam...

Selesai beriadhah bersama menunaikan hak jasad, kami bergerak ke Cafe V6 untuk bersarapan dan seterusnya dihantar pulang ke bilik masing-masing.

Labels:

SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG


TAUTAN UKHUWAH
TAUTAN UKHUWAH
RANGKAIAN KARISMA
RANGKAIAN KARISMA
TAUTAN JAMAAH ISLAH
TAUTAN JAMAAH ISLAH
KELAB REMAJA JIM (KRJ)
KELAB REMAJA JIM (KRJ)
LAIN-LAIN PAUTAN
LAIN-LAIN PAUTAN
Hakcipta © 2008 KARISMA Perak
Tarikh Akhir Ubah Suai: 08/08/08