Daurah Bahan untuk Nuqaba'
Tempat: KONSIS Centre, Serdang
Tarikh: 4-7 Julai 2008
Kehadiran: 13 orang
Speaker: Ustaz 'Arif, Akh Raswan, Akh Ammar, Ustaz 'Asim
(KONSIS Network)

Berkenaan Program:
Antara program semasa cuti semester yang berjaya dijalankan K-Perak bagi sesi Julai 2008 ialah Daurah Bahan bagi para nuqaba' K-UTP yang juga disertai beberapa orang ahli usrah yang berkelapangan. Daurah yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini telah mengupas huraian tafsir secara panjang lebar bagi surah-surah juz 'amma antaranya Surah An-Nabaa', Surah An-Naazi'at dan Surah An-Naas sehingga Al-Kautsar.

Kupasan mengenai Syahadatain turut diselitkan yang mana ianya merupakan elemen terpenting dalam aspek aqidah seorang Muslim yang sedar akan tujuan hidupnya. Perjalanan daurah yang agak panjang memberi ruang kepada aktiviti yang lebih berbentuk santai dalam jangka masa yang fleksibel. Aktiviti-aktiviti yang turut diselitkan ialah tilawah dan hafazan bersama, qiamullail serta 'riadhah' ke pusat beli-belah berdekatan ^_^
Ternyata masa bermusafir bersama, makan bersama, tidur bersama dan menuntut ilmu bersama itulah masa yang paling bernilai bahkan tak mungkin ditukar ganti.
ulya dan umar yang keletihan menunggu abi siap =)Posted on Sunday, July 13, 2008 by kperak |



