Disertakan sharing SamPel SISMA K-UTP yang berjaya diadakan pada 28-29 Januari yang lalu di UTP. SamPel yang disekalikan dengan usrah gabungan akhawat UTP ini berjaya mengumpulkan hampir 40 orang akhawat termasuk 20 orang pelajar baru dari kalangan pelajar foundation third semester.
sharing ditulis oleh Ukhti Filzah Hanis di http://zag-sisters.blogspot.com/ (official blog untuk usrah ZAG = Zainab al-Ghazali).
--------------------------------
This would be my first (and insyaAllah not the last) time sharing. I was in charge for SamPel (Sambutan Pelajar) 2010 since I am the Timbalan Ameerah while Cik Syamil helped me as she is the JK Pelapis.
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Saya menanti ketibaan sahabat di Baitul Izzah (BIzz - rumah fellow Village 5 - Ustazah Mashitah - naqibah usrah ZAG - mas'ulah UTP). Cuma Along dan Cik Nola sahaja yang sudah tiba. Sambil menanti kehadiran sahabat yang lain, kami mengemas Baitul Izzah. Mengalihkan meja dan tikar supaya rumah comel ini dapat memuatkan lebih kurang 50 orang (pada perkiraan awal). 30 minit kemudian, Cik Farhin muncul dengan rice cooker di tangan.
"Wah! Siap bawak rice cooker. Comel. Warna pink lagi tu." Kata saya.
"Ni nasi yang kita masaklah. Termasak lebih tadi." Terang Cik Farhin.
Sebelum jam 7, ramailah sahabat yang sudah tiba antaranya Cik Hafsah, Cik Izzati, Cik Sakinah, Cik Syamil, dan Cik Syue yang sudah siap membawa makanan untuk aktiviti pertama kami - Iftar Jama'ie.
7.15 petang, 7 peserta pertama hadir. "Ini je ke?" Tanya Ustazah.
"Ini sahajalah yang saya dapat kumpulkan Ustazah. Yang lain kata tak dapat datang sekarang. Mungkin datang lewat sikit. Ada yang ada meeting lah." Terang Cik Madi, person in charge daripada kumpulan peserta.
"Hmm.. tak apalah. Masuk dulu."
Kami berkenalan dengan adik-adik yang baru sampai itu. Masing-masing teruja untuk mengikat tali ukhuwwah dengan perkenalan yang manis itu.
Sementara menanti waktu Maghrib, kami menghamparkan surat khabar sebagai pengganti saprah di ruang tamu untuk berbuka puasa. Walaupun hanya segelintir daripada kami yang berpuasa sunat, namun kesempatan dapat berbuka puasa bersama mereka yang berpuasa adalah sangat indah.
Usai azan maghrib, doa makan dibaca oleh Along sebelum masing-masing berbuka puasa.
Berbuka puasa beramai-ramai
Sementara kami menikmati juadah berbuka puasa, sesi perkenalan diteruskan lagi dengan aktiviti menghafaz nama setiap peserta. 3 peserta terbaik dipilih sebagai pemenang kerana telah menghafaz nama kesemua yang hadir pada sesi iftar jama'ie itu.
Alhamdulillah, walaupun usia perkenalan belum pun sampai 1 jam, gelak ketawa setiap yang hadir telah merapatkan silaturrahim seperti kami telah berkawan 1 tahun. Indah,kan ukhuwwah islamiyah itu?
Penyampaian tazkirah
Aktiviti seterusnya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Cik Sakinah berkenaan dengan kisah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah Binti Abu Bakr. Tazkirah ini telah memberi banyak pengajaran antara lain yang disebut oleh peserta sendiri adalah seperti:
- Sifat sabar menghadapi ujian dan cabaran yang ditunjukkan oleh Saidatina Aisyah contohnya seperti ketika beliau difitnah selepas pulang dari perang Banu Musthalaq, beliau tetap bersabar menghadapi fitnah itu.
- Cemburu itu adalah sifat semulajadi orang perempuan. Hatta Saidatina Aisyah sendiri tidak lari daripada sifat ini sedangkan beliau adalah Ummul Mukminin. Pun begitu, sifat cemburu harus kena pada tempatnya. Cemburu yang baik adalah diharuskan seperti jika kita cemburukan sahabat yang dapat bangun solat tahajud, kita juga perlu berlumba-lumba mengejar kebaikan itu. Cemburu ini menjadi pendorong atau motivasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik.
- Kebergantungan kepada Allah S.W.T merupakan ulasan terakhir yang dibuat oleh Ustazah. Walau bagaimanapun keadaan kita, kita perlu bergantung hanya kepada Allah dan mesti tetap berdoa. Contoh terdekat adalah kisah fitnah itu sendiri. Saidatina Aisyah hanya berdoa kepada Allah supaya namanya dibersihkan kerana beliau tidak berbuat apa-apa yang diperkatakan orang. Akhirnya nama beliau dibersihkan selepas turun wahyu daripada surah Nur ayat 11-16.
Usai solat Isya' jam 9.20, ruang solat dikemas untuk memberi laluan kepada aktiviti seterusnya - Movie Night. Comforter dihampar, bantal diletakkan, Muneer dipasang dan BenQ dihidupkan. Masing-masing mencari posisi terbaik untuk menikmati Movie yang bakal ditayangkan. Pun begitu, antiklimaks terjadi apabila sound system tiba-tiba merajuk. Dengan bantuan ikhwah yang sudi meminjamkan speaker yang lebih berkuasa tinggi, tayangan kami tidak lagi menjadi masalah. Jazakallahhu Khairan Katheera!
Tayangan yang ditonton adalah sebuah kisah bertajuk I Am Sam yang mengisahkan tentang seorang ayah yang kurang sempurna dari segi mental, berjuang untuk membesarkan anaknya. Untuk sinopsis, boleh klik sini.
I Am Sam
Tayangan tamat jam 12 tgh malam dan masing-masing terus melayari bahtera mimpi untuk bangun qiam jam 5 pagi. Ibarat barisan prajurit yang tersungkur syahid...semuanya tidur berhimpit dan tersusun dalam satu barisan.~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Baitul Izzah penuh! Kasut bersusun di hadapan pintu. Along mengira pasang kasut di luar. Ada 30 semuanya.
Jam 4.30 pagi dan mereka masih diulit mimpi.
Along mengejut mereka satu persatu. Ada misi yang perlu dilaksanakan. Mahu menempah tiket di dalam syurga seperti firman Tuhan dalam surah az-Zariyat ayat 15-18:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Alhamdulillah, jam 5 pagi mereka sudah memulakan solat sunat yang pertama.
Qiamullail jama'ie
Penyampaian tazkirah Subuh
30 minit selepas 7, masing-masing bersiap untuk bergerak ke Taman Tasik UTP. Mereka berjalan kaki beramai-ramai sambil membacakan ma'thurat. Menarik sungguh ya!
Mungkin bagi yang tidak cergas, berjalan kaki dari Desasiswa 5 (yang di hujung dunia itu) ke Taman Tasik UTP adalah suatu siksaan. Jauh. Tapi, itulah perlunya kita mempunyai tubuh badan yang kuat atau jasmani yang cergas supaya kita sentiasa bersedia menghadapi rintangan secara fizikal. Anda sudah khatam 10 muwasofat tarbiyah?
30 minit perjalanan berjalan kaki, mereka sampai di Taman Tasik UTP. Barisan diatur untuk aktiviti pertama - aerobik. Aerobik dikendalikan oleh Cik Syue dan Cik Amirah yang berjaya menarik minat peserta dengan tarian Tommy atau Tommy Dance.
Aktiviti diteruskan lagi dengan pembahagian kumpulan untuk Treasure Hunt. Terdapat 7 check point untuk dicari dan terdapat soalan yang perlu diselesaikan di setiap check point itu. Treasure Hunt yang bermula jam 9 pagi tamat lebih kurang jam 11 pagi. Jauh juga mereka mahu berpusing dari tempat letak kereta (berdekatan guard house) sehingga ke cafe v6.
Kumpulan pertama yang tiba di check point kedua terakhir
Menjawab soalan di check point
Sangat penat! Saya sebagai runner yang berrolerblade pun penat bergerak dari hujung ke hujung. Alhamdulillah, check points ini telah menjadi tempat mereka untuk menambahkan ilmu kerana soalan yang dikemukakan berkisar mengenai Sirah Rasulullah dan al-Quran itu sendiri. Ada juga kumpulan yang bertanya soalan-soalan tajwid kepada check pointer. Boleh buka kelas quran sekejap pula!
Kumpulan disoal mengenai praktikal tayammum oleh Ustazah
Check point terakhir adalah Ustazah yang sentiasa bergerak (menggunakan basikal). Jadi agak mencabar untuk mereka mencari Ustazah. Ada yang siap telefon Ustazah lagi tanya beliau di mana!
Selesai sudah treasure hunt dengan badan yang lesu dan muka yang penat, mereka diberi sarapan pagi (sarapan pagi lah sangat! huhu. Jam 11 baru makan).
Makan time!
Makan di dalam talam! Bukan kerana tidak ada pinggan tetapi, makan di dalam talam adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita.
Sambil makan, mereka dikehendaki membuat sedikit presentatsi berkenaan pengajaran yang mereka peroleh daripada cerita I Am Sam yang ditonton. Pengajaran yang diberikan oleh setiap kumpulan termasuk:
- Hubungan di antara anak dan ibu bapa: Walau bagaimanapun keadaan ibu bapa kita, kita wajib menghormati mereka. Contohnya, Lucy sentiasa menyayangi dan menghormati ayahnya yang mempunyai IQ kanak-kanak berumur 7 tahun.
- Kasih sayang tidak boleh dipersoalkan: Mahkamah dunia mempersoalkan kasih sayang Sam terhadap anaknya kerana meragui kemampuan Sam membahagiakan Lucy. Walhal yang sebenarnya berkasih sayang itu adalah fitrah manusia. Walaupun Sam tidak seperti ayah yang normal, dia tetap dapat mencurahkan kasih sayang yang cukup untuk Lucy.
- Friendship: Sam mempunyai kawan-kawan yang sama dengan dia. Tetapi, rakan-rakan ini tetap membantu Sam menjaga Lucy. Mereka membantu dari pelbagai segi seperti kewangan. Mereka berkongsi duit membeli kasut untuk Lucy walaupun mereka bukanlah golongan yang berada. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
- Kemewahan: Kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Anak peguam itu tidak gembira pun kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa walaupun diberi kemewahan materi. Sedangkan Lucy cukup gembira hidup dengan Sam walaupun pekerjaan Sam tidak menjamin kemewahan.
- Kebergantungan kepada Tuhan: Ketika Lucy diambil oleh social service, Sam bagai hilang punca. Tetapi dia tetap berkata "Oh God please help me O God!". Ini bermakna, dalam setiap apa sekalipun keadaan kita, kita perlu bergantung harap kepada Allah. Jangan pernah putus berdoa.
- Never give up: Sam tidak pernah menyerah kalah untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas Lucy. Walupun terpaksa berkorban wang ringgit mencari peguam yang paling handal, dia tetap berusaha. Walaupun mempunyai kekangan dari segi mental, dia tetap berusaha.
Sebelum SamPel 2010 melabuhkan tirai, penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang Treasure Hunt dan pemenang aktiviti ketika Iftar (menghafaz nama semua orang).
Along memberi pengajaran: Rasulullah pernah bersabda, jika kita mahu mengenali sahabat kita, kita perlu makan bersama, tidur bersama dan mengembara bersama. Alhamdulillah, itulah yang kami telah laksanakan sepanjang SamPel 2010 ini.
Majlis ditutup dengan ucapan daripada Ustazah dan sesi bergambar beramai-ramai!
Akhirulkalam, semoga ukhuwwah ini tidak berhenti setakat ini dan insyaAllah ketemu lagi di lain masa.
Wassalam
--------------------------
Diharapkan sharing yang ditulis dapat memberi serba sedikit idea buat ikhwah dan akhawat lain. Buat yang tiada di UTP, jgn jeles ya ;)
Posted on Tuesday, February 2, 2010 by kperak |




